Aktiviti yang dijalankan pada 28 feb 2011
POSTED ON: Monday, February 28, 2011 @ 3:11 AM | 0 comments
hari ini, tidak banyak sangat aktiviti.. :D
3:30pm: berkumpul di dewan
3:45pm: stretching
4:00pm: jog di padang ( x6 )
4:30pm: fitness
4:45pm: rehat
5:00pm: dengar taklimat daripada Senior
itu sahaja yang dapat saya memberitahupon..
( sorry kalau BM berterabur )
salam
Masa Training
POSTED ON: Thursday, February 10, 2011 @ 5:28 AM | 0 comments
Selamat Pagi/Tengahari/Petang/MalamKepada yang ingin menyertai 'Pertandingan' sila datang Training Setiap hari :
Isnin : 3:00pm - 5:30pm
Selasa: 3:00pm- 5:30pm
Khamis: 3:00pm-6:00pm
Note:
1) Jangan datang lewat sangat.. paling lambat pon pukul 3.30pm
2) Sebaik- baiknya hendaklah memakai pakaian Silat lengkap. Kalau tidak ada lagi, pakailah baju sukan..
amanat dato meor kepada anak2 gayong
POSTED ON: Thursday, February 3, 2011 @ 10:44 AM | 0 comments
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kembali berpadu teguh.
Pantun Rahsia Pengurusan Gayong
POSTED ON: @ 10:03 AM | 0 comments
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu Gayong bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.
Pantun Seruan Khas kepada
Muda-mudi Tanah Air daripada Mahaguru Meor Abdul RahmanAcap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.